shadedown  
   
   
  shadedown  
SIAPA AKEN?

logo aken

AKEN - Akademi kecantikan Noori Sdn. Bhd. adalah akademi milik bumiputera sepenuhnya  dan merupakan sebuah pusat kemahiran yang menyediakan Kursus-kursus rawatan & kecantikan bertaraf nasional di Negeri Terengganu.  

AKEN merupakan pusat latihan bertauliah yang mendapat pengiktirafan  daripada Majlis Latihan Vokasional (MLVK) yang kini dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia.

Bersesuaian dengan matlamat kerajaan ke arah Wawasan 2020 serta penekanan tinggi terhadap keterampilan dan kemahiran,  kewujudan pusat penyedia latihan dilihat sebagai jalan untuk mewujudkan sumber manusia yang lebih produktif dan berkemahiran secara tidak langsung boleh mengurangkan kadar pengangguran. Disamping itu juga dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Justeru itu,  pihak kami amat berharap untuk menjadi salah satu penyedia latihan di Negeri Terengganu.  Di sini,  pihak kami menawarkan pengajian dalam bidang Jurukecantikan dan mempunyai lokasi kampus  yang strategik.


VISI AKEN

  • Menjadi sebuah pusat latihan bertauliah yang bertaraf antarabangsa.
  • Menyediakan latihan yang berkualiti,  diiktiraf diperingkat antarabangsa dalam bidang kecantikan.
  • Menjadi pusat latihan bertauliah bumiputera yang pertama di Malaysia, yang menerokai bidang kecantikan.
  • Menyediakan modal insan yang dilabelkan sebagai tenaga mahir dalam bidang kecantikan.
  • Menjadikan kecantikan sebagai bidang perniagaan yang menguntungkan kepada golongan wanita.
  • Melahirkan usahawan/usahanita yang berjaya dalam bidang kecantikan.
  • Menjadi pusat rujukan kecantikan utama dirantau Asia.
  • Menjadi pusat bertauliah bumiputera 100 %.

MISI AKEN
    • AKEN  akan terus menerokai bidang kecantikan berdasarkan kemajuan teknologi dan terus meningkatkan mutu dan kualiti rawatan kecantikan.
    • Memantau dan memastikan produk dan pelatih yang dibimbing oleh AKEN berdaya saing dan berketerampilan.                     
    • Memastikan pelatih di bawah bimbingan AKEN  lebih terarah,  bermatlamat dalam membina kerjayanya dalam bidang kecantikan.
    • Menghasilkan pelatih yang berkualiti,  mesra pelanggan,  komited dan bijak dalam menguruskan kerjaya.
    • Menjadi sebuah organisasi yang telus dan bersistematik dalam sistem pentadbiran, pengurusan dan mesra pelanggan.
PEMILIK AKEN

Puan Noryati Alias
Pengarah Urusan / Pengasas
Akademi Kecantikan Noori Sdn Bhd.
(2000 - sekarang).

Penasihat Korporat.

Pengasas produk kecantikan
Noury Cosmetic.

Noryati

Pn. Noryati juga aktif dalam beberapa NGO, Pengerusi Dewiniaga Kuala Terengganu, Pengerusi Persatuan Keturunan Tok Minoh, AJK Gabungan Pusat-pusat Bertauliah Negeri Terengganu, Ahli Persatuan Dewan Perniagaan Islam (DPIM) dan sebagai Ahli Majlis Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu (KPDNKK)

Sepanjang kerjaya bersama AKEN, beliau telah menerima beberapa anugerah dan penghargaan. Antaranya :

  • Anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Oleh Duli Yang Maha Mulia Al- Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum  Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah Pada 9 Julai 2013   
  • Anugerah Usahawan Berjaya Kategori Perkhidmatan  Anugerah Usahawan  Mara 2008/2009 Peringkat  Negeri Terengganu - AURA.
  • Anugerah Usahawan Negeri Terengganu (YPU) kategori  Perkhidmatan pada Tahun 2009
  • Anugerah Penyewa Premis Premis Perniagaan Bazar Mara   Peringkat Kebangsaan 2009.
  • Pengalaman dalam bidang perhotelan selama 20 tahun
 



Utama | Mengenai Kami | Produk/Perkhidmatan | Galeri | Hubungi Kami
copyright © 2017 | Akademi Kecantikan Noori Sdn Bhd
( Since 2000 )